Untuk memastikan pengurusan Pusat Pembangunan Keusahawanan berjalan lancar dan dapat memenuhi misi Jabatan, Pusat ini mempunyai objektif kualiti seperti berikut:-

  • Memastikan sekurang-kurangnya 80% pelajar berpuashati dengan kemudahan prasarana serta platform bagi mahasiswa memulakan perniagaan sekaligus membudayakan keusahawanan dengan menyediakan persekitaran dan ekosistem yang kondusif kepada pelajar.
  • Memastikan sekurang-kurangnya 80% staf bersetuju bahawa persekitaran pekerjaan yang memuaskan dan mematuhi tahap keselamatan pekerjaan yang sepatutnya disediakan.
  • Memastikan sekurang-kurangnya 90% aduan pelanggan diselesaikan dalam tempoh yang dipersetujui.
  • Memastikan sekurang-kurangnya 90% pelajar mempunyai ilmu keusahawanan asas dan mempunyai sikap, nilai dan atribut keusahawanan yang kreatif dan inovatif pada semester akhir sebelum bergraduat.