Piagam Pelanggan

   Menjadi sebuah pusat perkhidmatan pembangunan keusahawanan wajar yang berkesan bagi melahirkan mahasiswa yang memiliki budaya keusahawanan. Merancang, mengurus dan melaksanakan aktiviti keusahawanan pelajar bagi melahirkan pemimpin yang berjiwa keusahawanan, kreativiti dan inovasi berteraskan amalan kerja berkualiti.

 

KAMI BERJANJI

  1. Menawarkan kursus asas keusahawanan bagi memupuk dan menanamkan sifat-sifat keusahawanan sebanyak sepuluh (10) sesi setahun.
  2. Menyediakan kursus-kursus kemahiran keusahawanan bagi mendedahkan pelajar dengan kemahiran praktikal dengan menggunakan khidmat kepakaran industri sebanyak 6 sesi setahun.
  3. Membimbing dan memberi pendedahan mengenai keusahawanan sosial anjuran PPK.
  4. Menyediakan prasarana serta platform bagi mahasiswa memulakan perniagaan sekaligus membudayakan dengan menyediakan persekitaran dan ekosistem yang kondusif kepada semua pelajar UPSI bagi pembangunan keusahawanan pelajar.
  5. Memperuntukkan slot khas untuk memberikan taklimat berhubung dengan pendidikan dan pembangunan keusahawanan kepada pelajar baru.
Jumlah paparan: 65