Pusat Pembangunan Keusahawanan (PPK), Universiti Pendidikan Sultan Idris telah distrukturkan semula dan dilancarkan pada 1 Mac 2011 di bawah Canselori. Sejarah pusat ini bermula dengan kelulusan penubuhannya pada 4 Ogos 2010 di bawah Fakulti Pengurusan dan Ekonomi. Fungsi khususnya adalah untuk melaksanakan program-program keusahawanan di peringkat Universiti supaya pelajar-pelajar bergiat aktif di dalam bidang keusahawanan. PPK telah diletakkan di bawah Jabatan Canselori dan melapor terus kepada Naib Canselor.

 

Penubuhan Pusat Kebolehpasaran Graduan  (PKG) bermula sebagai satu unit di bawah Pusat Transformasi Pelajar & Komuniti (PTPK) yang bertujuan meningkatkan kebolehpasaran graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris sejajar dengan keperluan industry. Pada tahun 2015, Unit Kebolehpasaran Graduan telah dinaiktarafkan kepada Pusat Kebolehpasaran Graduan (PKG). Penukaran ini dilakukan bagi membolehkan PKG memberi penekanan terhadap program-program peningkatan kemahiran dan kebolehpasaran graduan pelajar tahun akhir.

 

Pada 16  Mei 2017, Pusat  Pembangunan Keusahawanan dan Pusat Kebolehpasaran Graduan telah distrukturkan semula menjadi  Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (EDGE). EDGE telah diletakkan di bawah pengurusan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA).