Nama Program : Memorandun Perjanjian Antara UPSI dan CELCOM Axiata Berhad

Tarikh                : 8 September 2017

Tempat              : Bitarasiswa 

 

Ringkasan Program :

 

Memorandum Persefahaman di antara Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan
Celcom Axiata Berhad merupakan satu inisiatif lonjakan ke hadapan dalam memastikan
graduan UPSI menceburi bidang keusahawanan semasa dan selepas bergraduat di UPSI.
Inisiatif ini juga dilihat dapat membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan UPSI dalam bidang keusahawanan apabila mereka tamat pengajian kelak.

Pada masa kini, graduanUPSI dalam bidang pendidikan mengalami masalah untuk mendapatkan penempatan di sekolah selepas tamat pengajian kerana beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Difahamkan, salah satu faktor ialah graduan UPSI tidak didedahkan dengan bidang pekerjaan yang boleh diceburi dan graduan UPSI juga mempunyai masalah berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan baik. Oleh itu melalui kerjasama ini dapat memberikan satu pendekatan yang baik dalam membantu memasarkan graduan UPSI ke industri swasta.