Nama Program : Food Truck Sempena Sukan Staf Antara Universiti

Tarikh              : 29 Julai hingga 5 Ogos 2017 

Tempat            : Universiti Pendidikan Sultan Idris

Ringkasan Program :

Pusat Pembangunan Keusahawanan & Kebolehpasaran Graduan (EDGE) akan menganjurkan program Food Truck Fiesta bersempena kejohanan Sukan Staf antara Universiti Malaysia(SUKUM) yang akan diadakan di Kompleks Sukan, Universiti Pendidikan Sultan Idris pada 29Julai – 5 Ogos 2017. Program ini bertujuan untuk memberi sokongan serta memeriahkan lagi penganjuran SUKUM yang menjadi acara tahunan untuk staf seluruh Universiti Awam. Pada penganjuran SUKUM untuk tahun ini, UPSI telah menjadi tuan rumah kepada pelbagai acara yang dipertandingkan.

Oleh itu, bagi menyokong penganjuran SUKUM kali ini, pihak EDGE mengambil peluang untuk menganjurkan Food Truck Fiesta semasa acara SUKUM berlangsung. Program ini akan melibatkan seramai 25 buah Food Truck yang akan mengambil bahagian di sepanjang berlangsungnya SUKUM ini. Program ini sedikit sebanyak dapat member peluang kepada pelajar UPSI dan Komuniti Daerah Muallim untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan yang berasaskan perniagaan food truck. Program ini juga membantu peniaga-peniaga kecil Daerah Muallim dalam mentransformasikan perniagaan mereka kearah perniagaan berasaskan food truck.