Nama Program :   Retreat EDGE

Tarikh              : 21 hingga 23 2017

Tempat            : Cherating, Kuantan

Ringkasan Program :

Bengkel Pemantapan Organisasi Pusat Pembangunan Keusahawanan & KebolehpasaranGraduan (EDGE) ini diadakan bertujuan untuk memantapkan organisasi dan pentadbiranEDGE yang baharu ditubuhkan pada 1 Jun 2017. Untuk makluman, Pusat PembangunanKeusahawanan & Kebolehpasaran Graduan (EDGE) adalah sebuah PTj yang baruditubuhkan bagi memantapkan lagi sasaran dan impak kepada pelajar UPSI.

 

Penubuhan iniadalah berdasarkan penggabungan dua PTj yang lain iaitu Pusat PembangunanKeusahawan (PPK) dan Pusat Kebolehpasaran Graduan (PKG). Kedua-dua PTj inisememangnya menjalankan aktiviti yang berbeza secara amnya tetapi mempunyai sasaranKPI yang agak secara khasnya. Merujuk kepada Amanat Naib Canselor baru-baru ini,penggabungan ini dilihat dapat membantu meningkatkan penglibatan pelajar dalam bidangkeusahawanan dan memasarkan graduan UPSI ke Industri Swasta yang lebih meluas selepas mereka bergraduat kelak.