Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan
Universiti Pendidikan Sultan Idris                         

MYAGROSIS

KELAB MYAGROSIS UPSI

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

 

VISI :

Melahirkan usahawan tani yang mengeluarkan produk yang berjenama  dan berkualiti tinggi yang berasaskan pertanian yang terkenal di peringkat global.

   Membentuk usahawan tani yang berdaya saing tinggi dalam penghasilan output yang berkualiti dan berprestij tinggi yang mampu menggunakan sumber-sumber pertanian secara optimum dan berinovatif setaraf dengan negara-negara yang maju.

 Menambahkan pendapatan negara dengan meningkatkan produktiviti dan pemasaran pertanian negara yang berorientasikan eksport barangan pertanian ke luar negara bagi menggantikan import barangan pertanian untuk memenuhi keperluan makanan rakyat negara.

 

MISI :

Melatih dan mengasah kemahiran siswazah dalam bidang perniagaan tani untuk melahirkan usahawan tani yang kreatif dan berinovatif.

Mewujudkan  usahawan siswazah yang berdaya saing tinggi dalam bidang perniagaan tani.

 Memberi pendedahan  kepada siswazah bagaimana untuk menjana pendapatan yang tinggi melalui bidang perniagaan tani.

 

LATAR BELAKANG :

Kesedaran terhadap kepentingan pertanian sebagai enjin ketiga kepada ekonomi negara memerlukan golongan belia dalam menjamin kesinambungan kepentingan sektor ini. Sejajar dengan matlamat ‘Wawasan 2020', keperluan untuk menjana golongan belia yang berilmu sebagai pelapis dan peneraju dalam merealisasikan transformasi pertanian kearah sektor yang lebih moden dan berteknologi tinggi telah menjadi titik tolak kepada penubuhan program MYAGROSIS. Program ini berperanan sebagai pemangkin kepada proses percambahan minat dan penglibatan siswa-siswi di Univesiti Awam (UA), Politeknik (Poli) dan Kolej Vokasional (KV) dalam projek-projek Agropertanian melalui Kelab MYAGROSIS. Pemupukan minat, kecenderungan dan penglibatan terus golongan graduan/siswazah ini sebagai pelapis dan pewaris dalam sektor ini akan dapat meneruskan proses transformasi pertanian kearah sektor yang lebih moden, berteknologi tinggi, dinamik dan berdaya saing secara global.