Soalan Lazim

Soalan 1:

Apakah kemudahan prasarana yang disediakan oleh pihak Pusat Pembangunan Keusahawanan untuk pelajar mencari peluang dan ruang perniagaan ketika masih menuntut di Universiti?

Jawapan    :
Pihak PPK menyediakan 25 buah kiosk keusahawanan bergerak dan 8 buah kiosk keusahawanan jenis binaan kekal yang diletakkan di sekitar Kampus Sultan Abdul Jalil Shah dan Kampus Sultan Azlan Shah. Pihak PPK juga menyediakan khidmat nasihat kepada pelajar yang berminat untuk membuat permohonan penyewaan kiosk-kiosk keusahawanan PPK.

Soalan 2:
Bagaimanakah proses permohonan kiosk-kiosk keusahawanan dapat dibuat kepada Pusat Pembangunan Keusahawanan?

Jawapan:
Proses permohonan kiosk-kiosk keusahawanan dapat dibuat kepada PPK dengan pemohon datang ke pejabat am PPK di Aras 1, Bangunan Bitarasiswa, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (KSAJS) dan mendapatkan Borang Permohonan Kiosk PPK . Pemohon diminta untuk menyediakan dokumen yang lengkap iaitu salinan sijil perniagaan dan sijil suntikan TY2 dan kembalikan semula kepada pihak PPK untuk semakan dan kelulusan.

Soalan 3:
Berapa lamakah kontrak penyewaan kiosk-kiosk keusahawanan PPK diberikan kepada pemohon?

Jawapan:
Borang-borang permohonan kiosk yang telah lengkap di isi akan diproses oleh pihak PPK mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Kontrak penyewaan kiosk-kiosk keusahawanan PPK akan diberikan selama setahun dengan penawaran surat tawaran kiosk dan dokumen perjanjian sewaan kiosk keusahawanan PPK.

Soalan 4:
Apakah kursus-kursus yang ditawarkan oleh Pusat Pembangunan Keusahawanan kepada pelajar dan staf ?

Jawapan:
Pusat Pembangunan Keusahawanan menawarkan kursus-kursus dan program keusahawanan kepada pelajar dan staf contohnya yang pernah dilaksanakan Kursus Asas Keusahawanan , Kursus Pengenalan Madu Kelulut dan lain-lain. Selain itu, PPK menawarkan kursus-kursus pendidikan awal kanak-kanak kepada pelajar-pelajar pendidikan awal kanak-kanak contohnya Kursus Pembukaan Taska dan lain-lain setiap sebulan sekali.

Soalan 5:
Apakah tindakan Pusat Pembangunan Keusahawanan sekiranya mendapat aduan dari pelajar/staf/orang luar berkaitan pengurusan pentadbiran dan kiosk-kiosk keusahawanan?

Jawapan:
Pusat Pembangunan Keusahawanan menerima aduan dari pelanggan secara bertulis dan mengisi Borang Aduan Pelanggan yang telah disediakan di luar pintu Pejabat Am, Pusat Pembangunan Keusahawanan . Aduan-aduan yang dipanjangkan kepada PPK akan diruruskan dalam kadar segera dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti.

Soalan 6:
Apakah kelengkapan yang disediakan oleh pihak pengurusan untuk mewujudkan keselesaan bekerja dikalangan staf.

Jawapan:
Pihak pengurusan akan menyediakan  kelengkapan –kelengkapan yang lengkap untuk mewujudkan suasana persekitaran kerja yang harmoni dan serba lengkap bagi melicinkan proses-proses kerja rutin seharian seperti stok bekalan pejabat, mesin pencetak, mesin photostat,komputer dan lain-lain yang perlu.

Soalan 7:
Adakah Kelab-Kelab Usahawan ditubuhkan dibawah Pusat Pembangunan Keusahawanan?

Jawapan:
Kelab ENACTUS, SME Corp dan MyAgrosis telah ditubuhkan di bawah pemantauan Pusat Pembangunan Keusahawanan (PPK) yang bertindak sebagai kelab yang menganjurkan program-program yang berteraskan keusahawanan,ternakan, tanaman, pertandingan dalam perniagaan dan juga memberikan khidmat sukarela kepada masyarakat seperti membantu Persatuan Ibu-Ibu Tunggal dalam strategi pemasaran produk dan lain-lain.

Soalan 8:
Adakah kemudahan prasarana lain yang disediakan oleh Pusat Pembangunan Keusahawanan bagi memberi peluang kepada pelajar untuk menceburi bidang perniagaan?

Jawapan:
Pusat Pembangunan Keusahawanan telah menyediakan ruang perniagaan dengan melantik penasihat-penasihat yang terdiri daripada Pensyarah Kanan UPSI dari Fakulti Pengurusan dan Ekonomi bagi membantu dan menasihati pelajar dalam bidang perniagaan. Terdapat dua ruang perniagaan yang telah disediakan iaitu Kedai Kosiswa dan K-Shoppe yang terletak di Bangunan Bitarasiswa, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah.

Soalan 9:
Adakah pihak Pusat Pembangunan Keusahawanan bekerjasama dengan badan pelajar bagi menganjurkan sesuatu program keusahawanan?

Jawapan:
Pihak Pusat Pembangunan Keusahawanan telah menjalinkan kerjasama dengan Exco Keusahawanan, Majlis Perwakilan Pelajar bagi membantu PPK dalam merangkan dan melaksanakan program-program keusahawanan dengan mewujudkan “The Dash- Rakan Pusat Pembangunan Keusahawanan”.

Jumlah paparan: 96